keajaiban air mata
ade byk keajaiban selepas anda menangis. Ramai orang tahu selepas menangis memang akan rasa lega. Yelah, menangis itukan salah satu cara meluahkan perasaan yang terpendam. Menangis pun ada beberapa kategori yang tersendiri, antaranya; menangis kerana sedih, menangis kerana gembira, menangis kerana lakokan, menangis kerana sakit dan sebagainya. Namun tahukan anda terdapat 7 keajaiban selepas anda menangis. Ini adalah berdasarkan kajian pakar yang anda boleh perolehi kerana air mata. antaranya: 1. Membantu Penglihatan Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur. 2. Membunuh Bakteria Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibakteria semulajadi. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegan...